Kat Malaysia susah nak cari orang susah, rupanya ini sebab Aisar Khaled pilih untuk bantu rakyat Indonesia

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled tampil menjawab tindakannya yang sering kali dilihat membantu rakyat Indonesia yang hidup susah. Menerusi satu sesi temu bual, Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel berkata, rakyat Indonesia lebih ramai yang menghadapi kesusahan dalam meneruskan kehidupan berbanding rakyat Malaysia. Tambahnya, ini kerana jumlah penduduk di Indonesia yang menghampiri 300 juta. Klik sini untuk lihat video.

“Susah nak cari orang yang betul-betul susah di Malaysia. Di Indonesia, lebih ramai orang susah kerana rakyatnya yang ramai. Dekat Malaysia susah kita nak jumpa rumah-rumah kecil yang dibina sendiri, tapi di Indonesia banyak.” Dalam pada itu, pempengaruh berusia 25 tahun itu turut mengagumi cara orang Indonesia menghargai pemberiannya walaupun menerima bantuan kecil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberi Aisar mengenai tahap kesusahan yang dihadapi rakyat Indonesia berbanding di Malaysia. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *