Kayuhan paling mencabar dari Dubia ke Abu Dhabi, Amar Baharin dedah cuaca mencecah 51 darjah celsius

Advertisements
Advertisements

CUACA terik ketika berbasikal dari Dubai ke Abu Dhabi menjadi cabaran paling sukar buat pelakon Amar Bahrin dan Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin yang sedang dalam misi hari ke-18 ke Tanah Suci Makkah. Amar, 40, berkata, mengayuh dalam cuaca mencecah 51 darjah celsius sejauh 110 kilometer bukan main-main dan ia turut memberi kesan kepada tubuhnya. “Cuaca terlalu panas untuk perjalanan kami dari Dubai ke Abu Dhabi hari ini mencecah 51 darjah celsius.

Alhamdulillah selesai 110 kilometer kayuhan untuk hari ini cuma keadaan badan agak sedikit lemah,” katanya. Amar berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan perjalanannya dalam cuaca panas terik. Kata Amar, disebabkan cuaca panas itu dia perlu mengambil waktu rehat lebih lama untuk mendapatkan kembali tenaga sebelum memulakan kembali perjalanan mereka. Malah dia juga mula meluahkan rasa rindu terhadap isterinya iaitu pelakon Amyra Rosli dan dua anak mereka.

“Kami perlukan masa untuk pulih menghadapi cuaca melampau di Tanah Arab. Doakan perjalanan kami Allah permudahkan. Rindu isteri dan anak-anak,” ujarnya. Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya dan rakan artis turut memberi kata-kata sokongan agar dapat menaikkan kembali semangat aktor berkenaan. Amar dan Muqharabbin memulakan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah sejak 27 April lalu.

Pasangan duo itu memulakan kayuhan dari Perlis ke Thailand sebelum mengambil penerbangan ke Iran. Ia susulan pihak berkuasa menasihatkan mereka tidak merentasi India dan Pakistan melalui jalan darat berikutan pergolakan di antara dua negara itu ketika ini. Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *