Perkongsian video terbaharu penyanyi Amira Othman di media sosial miliknya telah menyorot perhatian warganet. Menerusi hantaran di TikTok, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman dilihat berada di sebuah restoran bersama pelakon Fattah Amin dan Bell Ngasri. Paling menarik perhatian apabila Amira bertindak merakam Fattah yang sedang melakukan trend TikTok. “Tembak tembak dududu, kesian Bell.” Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat hantaran penyanyi lagu Hati-Hati tersebut dan menyangka dia mungkin tersalah memuat naik video itu untuk tontonan umum. “Aku sampai buka profil sebab nak tengok betul je TikTok akaun ni Amira punya.” “Aku berkali-kali tengok betul ke Amira post ni, macam tak percaya.”
“Macam tak percaya Kak Long post muka Abang Long dekat TikTok dia. Vitamin kita.” “Kak Long ‘up’ untuk semua orang tengok ke ni? Ke lupa tekan ‘only me’?” “Terkejut aku tengok nama akaun Amira Othman post video Fattah dengan lagu ‘dugem’ macam ini.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.