Harap anak tak benci bila dah besar, Atikah Suhaime akui mahu mengatur perjalanan kehidupan anak

Advertisements
Advertisements

Pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui dia mahu mengawal dan mengatur perjalanan kehidupan anak perempuannya iaitu Lyla Mulan Teh. Mahu yang terbaik untuk puteri kesayangannya itu, Atikah bagaimanapun enggan menyekat kehidupan anaknya biarpun mempunyai pelbagai perancangan. “Kalau boleh saya nak kawal hidup dia. Saya nak dia jadi seorang penari balet, saya nak dia kahwin dengan orang yang ada kenamaan, masuk sekolah yang terbaik. Klik sini untuk lihat video.

Tapi akhirnya, saya rasa itu kehidupan dia, pilihan dia… sebab mama saya pun ada macam-macam cita-cita untuk saya. Saya tak kahwin dengan anak raja. Dapat kahwin dengan anak Datuk pun okay la. Maksud saya, kita akan rancang macam-macam untuk anak kita, kita nak yang terbaik untuk dia. Tapi yang terbaik untuk yang kita rasa untuk dia, tak semestinya terbaik untuk diri dia,” kongsi Atikah menerusi video temu bual bersama Pa&Ma di TikTok.

Pada perkongsian yang sama, pelakon kelahiran Singapura ini juga tidak mahu menjadi penghalang untuk anaknya memilih jalan hidupnya sendiri. “Jadi, saya biarkan dia nak jadi apa, nak buat apa… buat la. Kadang-kadang saya terfikir, ada sesetengah budak kan, dah besar dia marah dekat mak dia sendiri. Saya sentiasa berfikir, apa mak dia buat sampai anak dia marah dekat mak dia. Saya harap Mulan akan sentiasa sayang saya buat selamanya.

Saya harap dia takkan jadi macam, saya selalu marah mak saya. Akhirnya saya faham, saya mahu yang terbaik untuk dia. Harap-harap dia tak benci saya bila dia dah besar,” ujarnya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *