Pempengaruh sensasi, Cik Epal tidak dapat menahan sebak ketika memberi ucapan semasa menyambut ulang tahun kelahiran anak-anaknya, Han dan Yuki pada Sabtu. Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Murni Mahmud memuat naik video memaparkan suasana majlis sambutan hari jadi Han dan Yuki yang diadakan di ibu kota. Bekas isteri kepada Jofliam itu, memilih dua tema buat anak-anaknya iaitu Liverpool dan Kuromi.
Ketika diminta untuk berucap, Cik Epal menitipkan doa supaya dia dan anak-anaknya dapat menjalani kehidupan dengan baik pada masa akan datang. “Semoga Han dan Yuki membesar dengan baik dan dikelilingi dengan orang-orang yang sayang mereka. Doakan Han, Yuki dan saya dapat teruskan kehidupan ini dengan baik dan tenang.” Dalam pada itu, warganet turut mendoakan agar urusan ibu tunggal dua anak itu dipermudahkan pada masa akan datang. Klik sini untuk lihat video.



Sesetengah warganet turut mendoakan agar urusan ibu tunggal dua anak itu dimudahkan pada masa akan datang. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.