Kisah cinta antara ahli politik Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah ternyata tidak dapat disorokkan lagi apabila mereka dilihat sering bersama menghadiri ke majlis-majlis tertentu. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, usahawan Datin Shahida memaklumkan bahawa kemesraan antara Saddiq dan Bella bukan sekadar gimik untuk sebarang promosi namun mereka didakwa sedang menjalinkan hubungan istimewa. Klik sini untuk lihat video.

“Saya jumpa Syed Saddiq dan Bella, ini bukan lagi gimik tapi realiti. Pada mulanya saya pun ingat mereka hanyalah gimik. Namun apabila berjumpa dengan mereka tempoh hari di sebuah majlis rumah terbuka, ternyata itu bukan lagi gimik tetapi cerita benar.” Dalam pada itu, Shida berkata, terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan status Bella yang merupakan seorang janda.
Walau bagaimanapun, Shahida menegaskan bahawa status tersebut tidak memberi sebarang masalah selagi tidak mengganggu rumah tangga wanita lain. “Ramai yang kata Bella itu janda. Tak kisahlah janda atau tidak kalau sudah jodoh dia. Segelintir orang suka pandang serong kepada wanita yang bergelar janda..yang penting bukan suami orang. Biarlah orang nak kahwin dengan sesiapa pun, selagi dia tidak ambil suami kita jangan meroyan.”
Terdahulu, Bella dan Saddiq berkolaborasi bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan sehingga mendapat perhatian ramai dengan keserasian mereka. Ahli politik berasal dari Johor itu juga sebelum ini pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.