Lega konflik rumahtangga dah selesai, Dr Rushdi akui dalam usaha nak bawa Nora Ariffin jumpa dengan isteri pertama

Advertisements
Advertisements

Suami kepada Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli memaklumkan dia dalam usaha untuk mempertemukan penyanyi itu dengan keluarga isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno. Menurut Dr. Rushdi, 59, berkata inisiatif untuk mempertemukan kedua-dua isterinya sudah lama tercetus kerana mahu memastikan kehidupan berpoligami dalam suasana yang harmoni. “Saya ada usaha tersebut. Itu juga adalah usaha yang penting untuk dilakukan dalam kehidupan poligami ini.

Usaha ini dah lama tercetus dalam diri saya. Ini kerana saya mahukan kehidupan poligami yang sahih dan betul, bukannya isteri kedua disembunyikan. Sebagai seorang lelaki dan suami, apabila mahukan poligami, saya kena ikut hukum hakam supaya rumah tangga tenang dan sebagainya.” Dr. Rushdi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor selepas perbicaraan pertama kes perpisahannya pada Selasa.

Menjelaskan lebih lanjut, ahli akademik itu berkata dia mahu mencari jalan damai kerana tidak mahu ia berlarutan selain memberi kesan positif kepada semua pihak. “Kalau saya tidak selesaikan dengan baik, saya nanti akan terima akibatnya. Saya pun nanti tidak boleh kerja dengan baik dan sebagainya. Saya pensyarah, perlu tulis buku, artikel dan sebagainya. Jadi kalau serabut dengan masalah ini, membuatkan saya tiada idea.”

Dalam pada itu, Dr. Rushdi juga menyifatkan kemelut rumah tangga yang berlaku menambahkan ilmu pengetahuan kepadanya selain memberi manfaat. “Dengan apa yang berlaku ini ia menambahkan pengetahuan, pengalaman dan ilmu saya dalam bidang munakahat dalam Islam. Melalui kes ini juga saya selalu kongsi dengan anak murid. Biasanya hanya belajar menerusi teori sahaja. Ini adalah satu nikmat ilmu pengetahuan yang saya dapat.”

Tidak hanya itu, dia juga memaklumkan pengalaman yang dirasai membuatkannya lebih faham terhadap undang-undang kekeluargaan Islam. “Dengan asbab kes ini juga, saya sudah faham undang-undang. Rasa syukur dapat banyak pengalaman menarik untuk saya kongsikan semula kepada masyarakat dan hendak baiki balik perkara yang tidak betul.

Pada Selasa, Rushdi hadir ke  mahkamah bagi prosiding sebutan pertama perpisahan yang difailkan Nora. Pun begitu, Rushdi enggan melafazkan talak dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh sebutan kedua. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *