Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Aca meminta peminat mendoakan yang baik-baik buat artisnya yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Amira Othman. Aca berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peminat ketika sedang bersiaran langsung di TikTok. “Aca betul ke article pagi tadi kata Fatmira dah nak kahwin? Tanya warganet.
Doalah yang baik-baik,” kata Aca ringkas bagi menjawab soalan tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja untuk menanti hari bahagia kedua selebriti itu. “Alhamdulilah , kalau dh aca ckp mcm tu fhm2 lah yaaa x sabar yaaa.” “Tak sabar.lelaki baik untuk wanita yang baik..Allah bagi pada waktu yang tepat.” “Kalau betul mereka berjodoh. minta2 ini jodoh yg terakhir utk mereka berdua. semoga kekal hingga akhir hayat. #doaygbaik2″ “Kalu xde denial dr pihak manager.. sahih la tu.” “Kami sentiasa doa yg baik2..utk abg long dgn kak long.”
“Betul la apa aca ckp tu doa je baik2,” komen warganet. Terdahulu, sebuah berita melaporkan desas-desus berkenaan Fattah dan Amira yang sedang menunggu hari bahagia mereka tidak lama lagi. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada pihak Fattah dan Amira tentang perkara tersebut.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.