Pelakon popular, Fattah Amin meluahkan rasa sayang pada puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya sehingga membuatkan rata-rata penonton turut sebak. Menerusi satu sesi temu bual, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, akui enggan penceraian bersama bekas isterinya yang juga merupakan aktres, Fazura terjadi. Tambahnya, walaupun sudah tidak sebumbung namun, Fattah mengharapkan agar Fatima tidak melupakannya sebagai seorang ayah. Klik sini untuk lihat video.

“Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi. Daddy sayangkan Fatima. Fatima tahu macam mana daddy sayangkan Fatima, dari lahir sehingga kini. Sepanjang kita bersama, daddy simpan semua kenangan dalam telefon. Walaupun sekarang ini, daddy sudah tidak lagi duduk dengan Fatima tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy.
Daddy akan sentiasa cuba untuk luangkan masa dengan Fatima sebaik mungkin. Dadyy nak bawa Fatima pergi jalan-jalan, kita pergi taman, beli toys dan apa sahaja yang buat Fatima gembira. Bila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya.” Dalam pada itu, Fattah menyatakan hasratnya untuk membahagiakan Fatima namun, keadaan tidak selalu mengizinkan.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya. Bagi hak penjagaan anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pelakon Fazura. Manakala, Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.