Selebriti dan juga pempengaruh Imran Aqil terkesan lihat jarum yang digunakan untuk menyuntik epidural ke atas isterinya, Dahlia Rizal yang ketika ini hampir bersalin anak sulung mereka. Menerusi hantaran di Instagram Imran, dia akui terkejut melihat jarum tersebut dan menegaskan bahawa tiada istilah ‘cheat code’ perlu digunakan terhadap ibu-ibu yang sedang berkorban menahan sakit kontraksi untuk bersalin.

Dia memberitahu telah melihat sendiri fasa seorang ibu dan menjadi saksi kesakitan yang dialami isteri dari mengandung sehingga menerima suntikan epidural sebelum melahirkan cahaya mata. Jelasnya, tiada istilah ‘cheat’ dalam perjuangan seorang ibu untuk melahirkan cahaya mata mereka. “Hari ini aku temani isteriku, menghadapi satu lagi fasa ujian sebagai seorang ibu. aku saksikan sendiri kesakitannya, dari mula mengandung, sampai ke saat dia ambil suntikan epidural hari ini.
Ada yang cakap ini ‘cheat code’ untuk kurangkan sakit bersalin tapi aku sendiri terkejut tengok jarumnya. Tak ada yang ‘cheat’ bila bercakap tentang perjuangan seorang ibu,” tulisnya. Dalam pada itu, dia juga menyampaikan pesan isterinya yang memohon maaf serta memohon agar orang ramai dapat mendoakan kelancaran urusannya untuk bersalin. Imran turut berharap agar Allah S.W.T mempermudahkan urusan mereka dan memberkati keluarga kecilnya kelak.
Perkongsian selebriti tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan agar mereka berdua diberi kemudahan sehingga kelahiran anak sulung. Sekadar info, Imran telah mendirikan rumah tangga dengan Dahlia Rizal pada 9 September 2023.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.