Dapat sambutan hangat dari peminat, ahli anggota inteam dedah konsert akan tukar lokasi lebih besar

Advertisements
Advertisements

SUSULAN sambutan hangat peminat, Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun kumpulan Inteam akan bertukar lokasi ke IdealLive, Petaling Jaya bagi menampung jumlah penonton lebih ramai. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh anggota kumpulan Inteam iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid yang memberitahu keputusan tersebut dibuat sebulat-suara selepas jualan tiket mereka sebelum ini habis dalam tempoh dua jam.  “Sokongan luar biasa ini adalah daripada peminat dan mereka juga turut mencadangkan agar menambah malam kedua atau memilih lokasi lebih besar. 

Maka kami mengambil keputusan untuk berpindah ke IdeaLive Petaling Jaya,” katanya. Syahril berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun yang diadakan di D’Intan Hall Sri Damansara, Damansara pada Selasa. Disebabkan berpindah lokasi, maka tarikh konsert juga telah ditukar kepada 28 September atas faktor kekosongan tempat berkenaan. Peminat yang telah membuat pembelian awal akan mendapat keistimewaan tempat duduk berdekatan dengan pentas pada malam acara itu nanti. 

“Peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana mereka akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan tempat duduk dan pemakluman tarikh,” ujarnya. Lebih istimewa lagi konsert kali ini akan menampilkan anak kepada bekas anggota Inteam iaitu Allahyarham Suhaimi Saad, serta beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan.

Tiket untuk tarikh dan lokasi baharu itu akan mula dijual pada 14 Jun menerusi platform Ticket Empire yang boleh diakses melalui laman rasmi konsert www.kasihkekasih.com. Pada 22 Mei lalu, penjualan tiket Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun mendapat sambutan luar biasa peminat apabila habis dijual dalam tempoh dua jam dilancarkan.  Mengikut perancangan awal konsert mereka bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 September yang boleh menampung kapisiti kira-kira lebih 2000 penonton. 

Selain Syahril, kumpulan nasyid ini turut dianggotai oleh Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman. Konsert berkenaan diadakan sempena 25 tahun penubuhan kumpulan Inteam yang terkenal dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Nur Kekasih. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version