Pemanis mulut tiramisu menjadi antara manisan yang trending ketika ini, usahawan dan pempengaruh Yaana Lee turut tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan sendiri dan menjualnya. Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan Yaana untuk menjual manisan tersebut meskipun sudah memiliki perniagaan pakaian yang stabil.

“Tengok orang kaya, dia tamak. Yaana Lee rasanya sudah ada perniagaan dan untung juta-juta dari hasil jualan tapi dia masih buat perniagaan lain iaitu tiramisu.” Tambah individu itu lagi, Yaana memiliki pemikiran yang bernas sebagai seorang usahawan yang sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan.
“Orang akan cakap, orang kata suka ambil kesempatan. Bagi saya inilah pemikiran orang kaya. Mereka tetap berniaga walaupun sebenarnya boleh je selesa dengan satu jenis perniagaan yang sudah untung. Sama macam Datuk Aliff Syukri. Saya harap saya pun ada pemikiran yang sentiasa ligat.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan.
Dalam masa yang sama, mereka berkata, sifat rajin yang ditonjolkan Yaana boleh dijadikan contoh kepada usahawan lain. “Betul, saya pun kagum dengan kerajinan mereka. Tak pernah sia-siakan market, mana nampak boleh buat duit mereka akan buat.” “Orang kata komitmen banyak, kalau berhenti nak rehat memang akan rasa sakit.” “Mereka ambil peluang yang ada, semua benda nak cuba.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.