Dah tukar cita rasa, kali ni Leona tertarik dengan lelaki Sepanyol pulak

Advertisements
Advertisements

PEMPENGARUH media sosial Kasih Leona secara terbuka berkongsi dirinya kini beralih minat menyukai lelaki berbangsa Sepanyol. Leona, 23, berkata perasaan itu mula timbul selepas dia menikmati percutian solonya di Málaga, Sepanyol baru-baru ini. Tidak hanya itu Leona juga memberitahu akan segera belajar bahasa Sepanyol untuk memudahkan dia berkomunikasi sekiramya bertemu jejaka idaman. 

“Saya serius! Saya akan berhenti belajar bahasa Mandarin kerana lelaki Sepanyol menepati cita rasa saya yang baru! Saya akan belajar bahasa Sepanyol,” katanya. Leona berkongsi perkara itu menerusi TikTok yang memaparkan dirinya sedang berjalan-jalan di sekitar Málaga. Menerusi video tersebut juga dapat didengari Leona menyebut Ola (hai) sebagai permulaan dirinya belajar bahasa berkenaan.

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata terhibur dengan gelagat Leona.  Malah mereka juga secara berseloroh mendakwa jejaka idaman Leona lebih berusia berbanding dirinya memandangkan sebelum ini dia pernah mendedahkan menyukai lelaki dengan ciri-ciri begitu.  Leona bagaimanapun menjelaskan dia tidak bercakap mengenai sesiapa secara terperinci. “Adakah dia lebih tua sedekad?” “Memang saya boleh relate. Saya selalu berhenti di peringkat asas bila benda tu dah tak kena dengan jiwa saya”

“Dia terlihat sangat serius dengan kenyataan itu,” antara komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *