Selebriti media sosial, Betty Rahmad memberi pandangan mengenai sikap segelintir pempengaruh terutama yang sudah berkahwin dilihat sering membuka aib rumah tangga kepada umum. Menerusi hantaran di TikTok, Betty berpesan kepada golongan pempengaruh supaya tidak menjadikan media sosial sebagai ‘kiblat’ untuk berkongsi segala hal rumah tangga. Katanya, ada perkara yang perlu disimpan rapi untuk diri sendiri demi mengelakkan maruah pasangan terlondeh. Klik sini untuk lihat video.

“Media sosial hanya sebuah platform, tapi ramai yang jadikan media sosial sebagai ‘hidup’. Pengikut yang ada dalam media sosial bukan semuanya hadir dengan niat yang baik. Jangan sampai letakkan ‘live’ lebih penting daripada maruah dan kewarasan. Wanita yang sudah berkahwin dan bersuami, keutamaan kita tetap pada suami dan anak-anak. Bukan semua benda boleh dikongsikan, lebih-lebih lagi aib pasangan dan aib rumah tangga. Ada isu yang perlu kita simpan kemas. Ketika sedang bergaduh jangan saling memprovokasi.”
Berkongsi lanjut, adik kepada pelakon, Umie Aida itu berkata, sekiranya mempunyai masalah dengan pasangan, tempat yang lebih baik untuk meluah adalah kepada Allah, bukannya dalam media sosial. “Kalau tengah sakit hati atau sedang bergaduh dengan pasangan, pergi luah dengan Allah bukan luah depan kamera. Kalau tahu pasangan jenis panas baran, jangan tambah bara. Ini bukan soal tunduk kepada pasangan, tapi soal menjaga maruah rumah tangga.
Realitinya, kita hidup di akhir zaman yang mana perkara tidak patut ditontonkan tapi dipertontonkan. Sekarang zaman ‘live’, viral dan ‘view’. Patutnya media sosial dijadikan medium mencari rezeki.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.