Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) didapati mempunyai enam rekod jenayah lampau, kebanyakannya berkaitan bahan terlarang. Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan pemandu lori berusia 45 tahun itu memiliki pelbagai kesalahan dalam rekod jenayahnya.
“Dia mempunyai enam rekod jenayah lampau, terutamanya kesalahan bahan terlarang,” jelasnya. Menurut beliau, ujian air kencing awal pemandu itu menunjukkan keputusan negatif, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan punca sebenar kejadian. Pemandu tersebut kini berada dalam tahanan polis dan dipercayai mempunyai beberapa saman trafik tertunggak. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.
Noor Hisam juga menyatakan bahawa insiden ini adalah kehilangan yang amat mendalam, bukan hanya bagi FRU, tetapi juga seluruh pasukan polis. “Kami memastikan semua proses bedah siasat, pemberitahuan kepada keluarga, dan urusan pengebumian diuruskan dengan penuh hormat,” katanya. Menurut beliau, kesemua sembilan pegawai yang terkorban, kecuali seorang dari Kedah, adalah anak jati Perak, dengan tujuh daripadanya beragama Islam dan dua bukan Islam. Upacara pengebumian akan dijalankan mengikut agama masing-masing dengan penghormatan penuh daripada pihak polis.
Kemalangan maut tersebut berlaku awal pagi tadi apabila konvoi kenderaan Unit 5 FRU dalam perjalanan pulang selepas menjalankan tugas kawalan awam di Teluk Intan. Sebuah lori merempuh trak yang membawa anggota FRU, mengorbankan lapan anggota di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Teluk Intan. Tiga lagi anggota berada dalam keadaan kritikal.
Insiden ini terjadi selepas konvoi selesai menjalankan tugas di Teluk Intan dan dalam perjalanan pulang ke Sungai Senam, Ipoh. Pihak polis sedang memastikan semua prosedur dan SOP FRU dipatuhi sepanjang operasi tersebut. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.