Datuk Aliff Syukri luah rasa syukur bila diiktiraf sebagai antara penyumbang zakat tertinggi setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri luah syukur apabila diiktiraf sebagai antara penyumbang zakat tertinggi pada setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman tidak menyangka impiannya untuk membantu golongan memerlukan tercapai, selaras dengan tanggungjawab sosial yang digalasnya sebagai usahawan Muslim. Klik sini untuk lihat video.

“Syukur alhamdulillah kami diberi pengiktirafan khas antara penyumbang zakat tertinggi di Selangor setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor. Satu lagi anugerah dari pusat zakat selangor inilah impian kami nak bantu orang lain terutamanya mereka yang kurang berkemampuan,” ujarnya. Bukan itu sahaja, bapa kepada enam orang cahaya mata itu menganggap kejayaan tersebut tak akan dapat digenggam tanpa sokongan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang telah menjadi tulang belakangnya sepanjang menjalankan perniagaan.

“Mula-mula isteri saya taknak naik pentas. Saya paksa jugak sebab bagi saya kejayaan yang saya kecapi sekarang ini tidak bermakna tanpa dia. Shahida bukan sekadar isteri tapi rakan susah senang saya, tulang belakang saya untuk kami berjaya sama sama,” katanya. Dalam pada itu, Aliff menzahirkan ucapan penghargaan kepada orang ramai yang telah menyokongnya dan berharap akan terus dapat berbakti kepada masyarakat.

“Terima kasih kerana menyokong kami dengan membeli barangan kami. Hasil sokongan anda semua lah saya mampu menyumbang zakat dari hasil jualan kami. Semoga kami terus diberikan kesihatan untuk membantu golongan asnaf,” tambahnya lagi. Khabar baik tersebut turut mendapat perhatian ramai rakan artis yang membanjiri ruangan komen di media sosial dengan ucapan tahniah selain menyifatkan pencapaian itu sebagai satu contoh terbaik dalam menggunakan rezeki untuk manfaat ummah.

Dalam pada itu, netizen menyatakan hasrat untuk terus menyokong perniagaan Aliff Syukri sebagai tanda penghargaan atas sikap dermawan dan sumbangannya kepada masyarakat.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *