Lebih dari setahun berpoligami, akhirnya pernikahan Marissa Dania dan Aslam sah di sisi undang undang Malaysia

Advertisements
Advertisements

URUSAN pengesahan status nikah antara anak pelakon Abby Abadi iaiu Marissa Dania Hakim bersama suaminya, Ahmad Aslam  pada Selasa akhirnya selesai dan sah di sisi undang-undang Malaysia. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur iaitu Wan Mohd Najib Wan Hamat bersetuju mengesahkan pernikahan Marissa dan Ahmad Aslam selepas mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak.  Permohonan pengesahan itu dibuat mengikut Seksyen 23 (1A) iaitu pernikahan poligami luar negara tanpa kebenaran. 

“Alhamdulillah, kes sudah selesai. Kami sudahpun sah (di sisi undang-undang Malaysia). Saya tidak ada apa-apa lagi yang mahu katakan. Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak,” katanya kepada pemberita.  Kedua-dua mereka hadir Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi urusan berkenaan.  Marissa ketika diminta untuk memberi komen bagaimanapun hanya berdiam dan berlalu pergi.

Sementara itu, peguam yang mewakili mereka iaitu Muhammad Ammar Yaser menjelaskan, pasangan tersebut boleh mengambil langkah susulan untuk mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI). Muhammad Ammar juga memaklumkan kemungkinan Pendakwa Syarie akan meneruskan prosiding seterusnya memandangkan pernikahan di luar negara adalah satu kesalahan.

“Dokumen pernikahan di Thailand juga sudah disahkan oleh mahkamah. Jadi pernikahan mereka adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang dan boleh didaftarkan.  Selepas selesai proses ini mereka perlu daftarkan pernikahan pada bila-bila masa pada kadar segera di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI. Kita tahu ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda dan penjara, namun Pendakwa Syarie yang akan lakukan prosiding seterusnya bagi membuka fail siasatan,” ujarnya.

Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 dan kini memegang status sebagai isteri kedua Aslam. Kisah tersebut menjadi bualan ramai kerana status Aslam yang masih suami orang ketika mereka bernikah. Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi. Pasangan ini masih belum dikuniakan cahaya mata selepas Marissa mengumumkan mengalami keguguran pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *