Selalu kongsi kemesraan secara terbuka, Pu Syed tampil beri teguran secara terbuka pada Ameera Khan dan Jefri Nichol

Advertisements
Advertisements

Enggan berdiam diri, penceramah bebas iaitu PU Syed tampil memberi teguran secara terbuka kepada pempengaruh Ameera Khan dan kekasih hatinya yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol. Menerusi perkongsian di laman sosial, PU Syed mempersoalkan tindakan pasangan itu yang sering berkongsi kemesraan secara terbuka sehingga dianggap seperti tiada rasa malu atas perbuatan mereka.

“Kalian berdua ini beragama Islam kan? Tak gerunkah kalian kepada Allah? Tiadakah didikan agama yang kalian berdua terima sehingga tidak langsung merasa malu atas perbuatan yang kalian lakukan? Maruah ibu dan ayah serta keluarga kalian campakkan ke mana? Lebih-lebih lagi maruah agama Islam yang menitik beratkan tentang pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram!” tegurnya.

Dalam teguran itu, PU Syed turut menggesa Ameera dan Jefri untuk berhenti melakukan dosa secara terang-terangan. “Adakah alasan cinta atau adakah disebabkan kalian ini kononnya public figure, justeru membenarkan segala yang ditegah agama itu sewenang-wenangnya boleh dilakukan oleh kalian? Golongan seperti inilah yang amat merisaukan kita sebenarnya. Kalau dalam cerita Bidaah adanya watak walid yang gilakan wanita, bagaimana pula dengan kisah pasangan ini?

Perbuatan ini boleh jadi halal jika kalian bernikah. Selepas itu, nak buat apa pun silakan selagi dibenarkan syarak, jangan asyik pergi sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah. Cukup-cukuplah menabur dosa, malulah kepada Allah!” katanya lagi. Hubungan cinta antara Ameera Khan atau lebih mesra disapa sebagai LMK dengan Jefri Nichol bukan sesuatu yang rahsia lagi apabila pasangan itu secara terbuka berkongsi kemesraan mereka di laman sosial.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *