Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meraih pujian apabila dilihat membawa seluruh ahli keluarganya menghadiri majlis perkahwinan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff sekeluarga dilihat sedang menikmati juadah di majlis perkahwinan pekerjanya. Video yang berdurasi selama 15 saat itu meraih pujian dengan personaliti keluarga Aliff yang tidak mementingkan pangkat. Klik sini untuk lihat video.

“Disebabkan pekerja kami kahwin, kami datang makan-makan. Semoga berkekalan hingga ke jannah.” Selain itu, kebanyakan wargamaya turut memuji sisi Aliff yang sentiasa membawa keluarganya walau apa jua acara yang dihadiri. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat keluarga Aliff Syukri yang sentiasa merendah diri walaupun berkehidupan mewah. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Aliff Syukri sentiasa dimurahkan rezeki.




Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.