Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian terbaru anak lelaki keduanya, Airit Qaqa Arjuna, 14, yang berjaya mendapat markah penuh dalam ujian, meskipun subjek itu bukan kegemarannya. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Rita berkongsi anak keduanya itu bersama Arjuna atau lebih mesra disapa sebagai Juna yang membuatkan hatinya tersentuh apabila diberitahu tentang keputusan ujian Matematik.
“Ambik Juna dari sekolah, dia cakap ‘mommy.. adik dapat full marks test’. Memang speechless sebab Juna tak suka matematik itu dari dulu. Tahun lepas matematik dia dapat F saja, mommy cakap ‘last exam bagi mommy C pun cukup, kalau tidak berhenti bola’. Tapi dia bagi B,” tulisnya. Kini, Juna bukan sahaja melepasi sasaran, malah dua kali mengejutkan Rita dengan keputusan cemerlang tahun ini.

“Tahun ni dah dua kali dia bagi keputusan test di luar jangkaan. Anak mommy makin matang. Matang memahami dan menilai nasihat-nasihat mommy,” tambahnya lagi. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.