Tengah hangat isu anak saudara ditengking sampai nangis, tak boleh berdiam Sajat pula sound cikgu

Advertisements
Advertisements

Baru-baru ini, tular satu video seorang murid sekolah didakwa telah ditengking oleh beberapa orang guru sehinggakan murid tersebut menangis teresak-esak. Malah di dalam video tersebut, ibu kepada murid itu menyatakan bahawa anaknya sudah sebulan tidak ke sekolah dan kini dalam proses berpindah. Berdasarkan kronologi yang dikongsikan pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh, murid tersebut dipaksa mengaku untuk mengatakan sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh cikgunya. Klik sini untuk lihat video.

Malah dikatakan dalam video itu, cikgu tersebut bergabung dengan guru-guru lain untuk ‘menekan’ murid itu. Isu yang tular ini sekaligus mengundang kemarahan orang ramai, bahkan berdasarkan ruangan komen di perkongsian asal ibu pelajar tersebut, Nur Mustika Kamaruz Zaman di Instagram, ada individu yang berkerja sebagai guru sendiri tidak bersetuju dengan kelakuan cikgu-cikgu murid berkenaan.

“Saya cikgu. Ya Allah kenapa sampai macam ni? Sis pergi ke sekolah and terus jumpa GB. Jika tiada tindakan terus ke PPD dan bagitau nak buat SISPA dan nak buat report polis kerana harassing anak. Walaupun saya cikgu tapi saya tak support tindakan ni.” – warganet. Tidak berdiam diri, bapa saudara kepada murid tersebut yang juga pempengaruh terkenal, Nur Sajat turut bersuara mengenai isu ini.

“Kau ni cikgu yang tak bijak, kau boleh rakam lagi, kau memang mencari maslaah dengan makcik dia pula, sekarang ini makcik dia tak puas hati, kau tunggu,” katanya dalam satu sesi live pagi tadi. Sajat mengharapkan pihak berjawib untuk mengambil tindakan kepada cikgu tersebut, bahkan dia juga menegaskan bukan murid berkenaan yang patut ditukar sekolah sebaliknya, guru berkenaan yang seharusnya ditukarkan ke sekolah lain.

“Cikgu macam ni patutnya dia kena masuk kelas pemulihan, bukan budak masuk kelas pemulihan.” Dalam satu sesi live di TikTok hari ini, Sajat turut menempelak guru tersebut yang bertindak menggesa murid tersebut untuk tidak pergi ke sekolah. Sebagai seorang guru, sepatutnya mereka berfikiran lebih rasional dalam menangani isu berkaitan murid. Bukannya dengan menekan-nekan dan menengking seperti itu. 

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *