Dah tengok rumah orang tua, Siti Elizad redha 10 tahun kahwin masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata

Advertisements
Advertisements

HAMPIR 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Siti Elizad Shariffudin memberitahu dia kini sudah melalui fasa reda sekiranya belum dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata. Tidak lagi mahu bersedih, Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, berkata dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami keadaan dirinya malah tidak memberikan tekanan bila melibatkan isu anak.

“Saya sudah beli barang anak daripada tahun pertama kami berkahwin dan sekarang ini saya sudah berikan semuanya kepada orang sebab buat masa ini saya dalam fasa reda selepas 10 tahun. Saya tawakal kalau tuhan kata belum ada rezeki dikurniakan rezeki anak tak apa, jadi rumah terbaru suami ni memang tiada barang bayi. Saya pernah melihat suami menangis bila solat sebab risau tak bahagiakan saya bila melibatkan anak kemudian terus saya tersedar sebab saya patut bersyukur ada suami yang sangat memahami dan tak berikan tekanan kepada saya,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *