Tak boleh berhenti cari rezeki, Siti Jamumall dedah perlu tanggung 2 orang anak dari bekas suami yang dulu

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan pempengaruh, Siti Jamumall enggan berhenti mencari rezeki yang halal walaupun berdepan dengan masalah kehidupan termasuk diceraikan berkali-kali oleh suaminya iaitu Aiman Tak Kesah baru-baru ini. Menerusi potongan video dari siaran langsung TikTok, pemilik nama Siti Suriani Wahidin berkata dia menggalas tanggungjawab yang besar untuk menjadi ibu dan ayah kepada dua orang anaknya. Jelas Siti lagi, dia perlu menanggung kedua anak-anaknya yang kini berada di bawah penjagaannya. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tidak boleh serik dalam hidup saya. Saya tidak boleh berhenti buat kerja saya sebab ada dua orang anak yang perlu dinafkahkan (ditanggung). Itu bukan tanggungjawab Aiman. Tanggungjawab Aiman hanya yang dalam perut sahaja. Rasanya saya akan 10 kali ganda tersakiti jika keluarga tidak memberi sokongan kepada saya, tiada duit dan rumah.

Penting untuk berdikari cari duit sendiri, ada rumah dan kereta sendiri.” Mengulas mengenai masalah yang dihadapi, Siti berkata bayi yang dikandung itu sudah melalui pelbagai cabaran dan halangan dalam kehidupan. Susulan itu, dia berharap anaknya akan membesar menjadi anak yang solehah. “Betapa kuatnya baby yang ada dalam perut ini kerana telah melalui bermacam-macam dugaan sepanjang saya mengandung.

Kadang-kadang saya terfikir, ‘ya Allah kuatnya budak dalam perut ini’. Doakan anak saya (dalam perut) selamat membesar, dilahirkan dengan sihat dan membesar menjadi wanita yang solehah.” Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila berpisah tiga tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.

Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *