Tengah sarat hamil 5 bulan, warganet risau bila tengok Siti Jamumall jalan kaki sejauh 15km

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh, Siti Jamumall menjadi perhatian apabila berkongsi video dirinya yang berjalan kaki sejauh 15 kilometer (km). Menerusi perkongsian yang dibuat, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin meluahkan rasa syukur kerana selamat sampai ke destinasi meskipun hanya dengan berjalan kaki. Ujar Siti,  rakaman tersebut merupakan momen terakhir yang sempat dirakam sebelum telefon bimbitnya terpadam akibat kehabisan bateri. Klik sini untuk lihat video.

“Selamat juga sampai, ‘last’ video yang sempat rakam sebelum bateri telefon bimbit mati.” Lebih menjadi perhatian, Siti memaklumkan dirinya perlu berjalan sejauh 15km dalam keadaan hamil lima bulan. “Hahaha, lama dah tak berjalan jauh. 15km dengan bawa perut lima bulan pula itu.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa risau dengan perkongsian Siti. Mereka juga berpendapat Siti sewajarnya menempah aplikasi e-hailing menggunakan jangka hayat telefon yang tinggal. Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.

Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu. Walau bagaimanapun, Siti kemudiannya mencuri perhatian apabila seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah kembali membujang selepas melakukan konten bercakap di telefon sambil melakukan ‘lip sync’ berlatarbelakangkan lagu Indonesia yang bertajuk ‘Aku Dah Lupa’ pada Mac lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *