Ada yang cakap suami cuci kaki, sekali ini pula respon dari Bonda Rozita

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim tampil mempertahankan suaminya daripada komen negatif yang dilemparkan oleh warganet. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Rozita berkongsi komen warganet yang mendakwa suaminya bertuah kerana hanya ‘cuci kaki’ ketika mengahwininya. Tidak berdiam diri, Rozita menyifatkan semua insan di dunia ini adalah miskin dan kekayaan hanya milik Allah SWT. Klik sini untuk lihat video.

“Ada netizen komen, ‘untunglah dapat suami yang cuci kaki.’ Pada saya, kita jangan menghina sebab tiada sesiapa yang kaya di muka bumi ini. Kata guru saya, semua manusia adalah miskin termasuk saya..maksudnya yang kaya hanya Allah sahaja.” Justeru, Rozita menitipkan nasihat kepada warganet agar tidak menghina sesiapa pun kerana kekayaan atau kemiskinan seseorang.

“Semua manusia melalui takdir masing-masing. Kalau nak kata suami saya ‘cuci kaki’, saya pun tidaklah kaya..kaya pun sebab atas izin Allah. Bagi saya adalah tidak manis apabila menghina orang kerana dia tidak setaraf dengan saya kerana kekayaan sebab saya ini sebenarnya miskin. Saya tahu macam mana azabnya menjadi orang miskin. Jangan hina orang, kesian dekat diri sendiri sebab hati itu berpenyakit.”

Terdahulu, Rozita telah mendirikan rumah tangga dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam. Dalam masa yang sama, Rebecca juga menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung. Selain itu, tular video memperlihatkan pasangan itu berpimpin tangan, manakala anak kepada Rozita iaitu Ain turut mengesahkan ibunya telah berkahwin lain.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *