SELEPAS insiden seekor anak gajah jantan mati digilis sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi Ahad, orang ramai mula menyalahkan pemandu kenderaan berat terbabit. Susulan itu seorang pengguna TikTok yang mendakwa sebagai anak kepada pemandu lori berkenaan tampil merayu agar orang ramai berhenti menuding jari kepada bapanya.

Menggunakan nama Lyyzzaaz, individu terbabit meluahkan rasa pilu terhadap kecaman yang diterima keluarganya gara-gara kejadian yang tidak diduga itu. “Saya merayu kepada semua, tolong berhenti kecam ayah saya (pemandu lori). Kejadian ini adalah satu kemalangan yang sangat menyedihkan buat kami sekeluarga. “Ayah saya bukan orang yang kjm dan dia sendiri terkesan dengan apa yang berlaku. Tiada siapa yang inginkan perkara ini (kemalangan) terjadi.
Kami mohon ruang dan doa, bukan kebencian,” katanya dalam video berkenaan. Sementara itu individu berkenaan turut menafikan dakwaan kononnya bapanya tidak menunjukkan rasa simpati ketika kejadian dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas. “Sesiapa yang mengatakan ayah bergelak ketawa ketika kejadian tersebut adalah sangat tidak wajar sama sekali,” ujarnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan sokongan terhadap wanita itu selain mengkritik tindakan segelintir pengguna media sosial yang dianggap keterlaluan dalam memberikan reaksi. Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan hubungan sebenar pemilik akaun TikTok tersebut dengan pemandu lori. “Ye ke (anak), bukan pemandu lori baru berusia 28 tahun ke?”
“Ye ke ayah? Kenapa ayah muda sangat umur 28? Akak umur berapa? Tak percaya ayah 28 anak besar macam ni,” kata beberapa warganet. Terdahulu, melaporkan seekor anak gajah jantan berumur sekitar lima tahun mti selepas digilis sebuah lori di JRTB Gerik-Jeli, Perak pada Ahad. Insiden menyayat hati itu tular selepas sebuah video memperlihatkan ibu gajah berkenaan setia berdiri di sebelah bangkai anaknya yang tersepit di bawah lori terbabit. Difahamkan, ibu gajah itu dianggarkan berusia antara 25 hingga 27 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.