Pelakon Abby Abadi akui tidak mudah membesarkan anak-anak tanpa figura seorang ayah namun, bersyukur atas bantuan daripada keluarga terdekat. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkongsi cabaran yang dihadapi apabila gagal mempertahankan rumah tangganya bersama bekas suami, Norman Hakim. Tambahnya, dengan kehadiran arwah ibu sedikit sebanyak membantu dirinya untuk terus kuat mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang taat. Klik sini untuk lihat video.

“Bila mama papa berpisah waktu anak-anak masih kecil, bukan senang sebenarnya untuk dilalui kerana meraka tidak faham apa-apa ketika itu. Untuk menjaga dan mendidik mereka ini menjadi manusia yang kenal diri menjadi hamba Allah. Bersyukur masa anak-anak kecil, ada arwah mak, ayah, abang, dan kakak yang tolong jaga sama-sama. Ada kawan baik yang selalu sudi teman kemana-mana saja.
Tak mudah tapi Alhamdulillah. Saya ada Allah. 17 tahun berlalu. Sekarang Danish dah 22 tahun, Dania dah masuk 20 tahun dan baby Danisha nak masuk 17 tahun. Bila imbas kembali, banyak hal-hal hebat yang saya lalui.” Dalam pada itu, Abby sempat menitip kemaafan kerana tidak mampu menjadi figura ibu yang hebat buat anak-anak.
“Maafkan mama tak cukup sempurna untuk jadi mama yang hebat. Yang boleh buat semua perkara, yang boleh selesaikan semua hal. Terima kasih Allah.” Sekadar info, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.
Pada Ogos 2015, Abby mendirikan rumah tangga kedua bersama pilihan hati, Muhammad Faizal Zakaria. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.