Kecoh pasal isu Tya Arifin pakai tudung nampak rambut, Asyraf Khalid minta warganet doakan isteri dia

Advertisements
Advertisements

Usahawan merangkap pempengaruh Asyraf Khalid mengakui kesilapan isterinya, Tya Arifin berhubung isu memakai tudung tetapi tanpa sengaja memperlihatkan rambut sehingga mengundang kritikan ramai. Asyraf turut memberi jaminan, Tya yang juga pelakon sudah ambil iktibar dan akan lebih berjaga-jaga soal aurat bagi mengelakkan kesilapan sama tidak berulang lagi.

“Isteri saya masih muda lagi, Tya ambil iktibar daripada isu tersebut sebagai satu proses pembelajaran baginya untuk istiqamah memakai tudung dengan bertutup sepenuhnya. Perkara ini berlaku di luar jangkaan, jadi saya hanya terus memberi dorongan dan sokongan untuk Tya terus bertudung dan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya. Asyraf juga berharap agar warganet memiliki rasa empati terhadap kelalaian isterinya.

Kita sama-sama doa kepada Tya agar dia boleh jadi lebih baik pada masa akan datang dan tidak mengulangi kesilapannya. “Saya selalu nasihat kepada Tya untuk bersabar dan setiap cabaran yang diberi oleh Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Anugerah Inspirasi PTTI dan RoadTour Skor A+ SPM 2025. Dalam masa sama, mereka turut menerima dengan hati terbuka segala kritikan daripada warganet mengenai isu tersebut.

Ashraf berkahwin dengan Tya yang juga pelakon Indonesia pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *