KEBIASAANNYA video siaran langsung usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri di TikTok pasti akan diserikan dengan kemunculan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai ‘Bik Tudung’. Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu, kelibat wanita asal Indonesia itu langsung tidak kelihatan menyebabkan ramai bertanya tentang keberadaannya. Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Aliff memberitahu pembantu rumahnya itu sudah pulang ke Indonesia. Klik sini untuk lihat video.

Tiada kata-kata dapat diluahkan, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berasa sedih dengan pemergian Bik Tudung selepas 14 tahun berkhidmat bersamanya. Malah Aliff memberitahu banyak jasa dilakukan pembantunya itu yang tidak mampu dibalasnya. “Tiada kata-kata yang boleh saya katakan, sebenarnya saya terlalu sedih. Banyak jasa dia. Dia sudah pulang empat hari yang lepas tetapi saya sengaja tidak mahu kongsikan kepada orang ramai. Sebab itu saya sudah tidak buat video dengan dia.
Sedih bila Bik Tudung yang sudah kerja dengan saya selama 14 tahun kena pulang ke Indonesia,” katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagramnya pada Rabu. Usahawan memuat naik kompilasi video yang memaparkan momen pembantu rumahnya itu sepanjang bekerja dengannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih selepas mengetahui cerita sebenar ketiadaan Bik Tudung sejak beberapa hari lalu.
“Sedihnya Bik Tudung dah tiada, lama dah ikuti siaran langsung Aliff dengan dia.” “Bukan senang nak dapat pekerja yang ikhlas macam Bik Tudung ni.” “Bik Tudung ini suda lama kerja dengan Aliff, sedih pula bila tahu dia dah pulang ke Indonesia,” tulis warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.