Berkongsi satu bekas ramen, warganet doakan Bella Astillah dan Syed Saddiq cepat kahwin untuk elak fitnah

Advertisements
Advertisements

VIDEO tular memaparkan pelakon Bella Astillah menikmati ramen bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam satu bekas, sekali lagi mencetuskan tanda tanya netizen mengenai status hubungan mereka. Rakaman pendek yang dimuat naik akaun TikTok Team Bass itu menunjukkan Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dan Syed Saddiq duduk bersebelahan sambil menikmati ramen di sebuah kedai serbaneka. Klik sini untuk lihat video.

Lebih menarik, warganet mula membuat spekulasi dan mendoakan agar mereka segera bernikah bagi mengelakkan fitnah. “Kalau bukan teman istimewa, aku tak sanggup nak kongsi makanan, lebih-lebih lagi kalau rakan sekerja berlainan jantina. Ini kira dah confirm la kan? Aku nak bagi tahu mak aku berita baik ni.” “Kalau sampai macam ni confirm dah ada, tapi tak umum je lagi.”

“Semoga cepatlah bernikah dan semoga tiada fitnah terhadap kamu berdua,” tulis peminat di ruangan komen. Warganet juga berpendapat perkongsian makanan seperti itu jarang berlaku jika hanya sekadar rakan kerja. “Kalau kawan sekerja takkan kongsi macam tu kan? Kalau ye pun nak kongsi, mungkin salah seorang makan dulu. Okay sah! Sah dah lah tu!” “Saya dengan suami berusia 18 tahun pun tak pernah kongsi makan mi segera,” tulis warganet.

Hubungan Syed Saddiq dan Bella dilihat mula rapat apabila mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu. Syed Saddiq kemudiannya membuat kejutan sewaktu hari jadi Bella pada Mac lalu sekali gus menguatkan lagi spekulasi kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa. Kelibat Bella juga turut dilihat di mahkamah bagi mengikuti keputusan rayuan membabitkan Syed Saddiq. 

Malah Bella dan Syed Saddiq dilihat sering memakai pakaian raya sedondon sehingga menguatkan gosip percintaan di antara mereka berdua. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *