Emosi terganggu lepas diserang penyakit ain, Elfira Loy dedah hubungan dengan suami jadi tak seronok

Advertisements
Advertisements

Pelakon popular Elfira Loy akui pernah mengalami gangguan emosi dan rumah tangga selepas diserang penyakit ain, akibat terlalu terbuka berkongsi kebahagiaan di media sosial. Menurut Elfira, 31, penyakit ain bukan sekadar mitos, sebaliknya boleh berlaku apabila seseorang melihat kehidupan kita dengan penuh iri hati dan hasad.

Perkara itu dikongsikan dalam satu audio siar di saluran Safwan nazri podcast apabila menyatakan dia paling bimbang dengan penyakit ain. “Penyakit seram yang paling saya takut adalah penyakit ain. Orang tu tak buat apa-apa pun, tapi Dulu saya tak terlalu percaya. Bukan tak percaya langsung, cuma saya yakin Allah sentiasa melindungi. Lagipun niat saya bukan untuk menunjuk.

Tapi bila ada seseorang yang cemburu akan kita, kita boleh kena penyakit ain. Itu lebih seram sebab tak ada cara untuk ubati.” katanya. Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri juga mendedahkan bagaimana penyakit itu memberi kesan besar terhadap emosi dan hubungan suami isteri. “Saya jadi malas, lemah, cepat marah dan hubungan dengan suami pun jadi tak seronok. Tapi bila saya mula sakit, saya terus cari orang yang betul untuk rawat. Jangan biar berlarutan,” jelasnya.

Susulan daripada pengalaman tersebut, Elfira kini telah mengambil langkah yang lebih berhati-hati terutama apabila berkongsi hal peribadi di media sosial. “Saya cuba elakkan kongsi cerita secara berlebihan. Semua rezeki ni datang daripada Allah, bukan sebab kita hebat. Jadi saya kembalikan semuanya kepada Dia,” ujarnya lagi. Terdahulu,  Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan kini dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *