Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan kucing peliharaannya iaitu Tiger berada di tahap kritikal selepas disahkan menghidap kanser. Perkongsian Fara di TikTok mendapat perhatian ramai terutamanya mereka yang merupakan pencinta kucing. Menerusi hantaran di Threads, seorang individu menyatakan dia bersimpati dengan Fara yang sedang sarat mengandung membawa Tiger ke hospital untuk mendapatkan rawatan walaupun ia dijangka hidup tidak lama.

“Saya antara pembenci penyondol, tapi kali ini saya tolak tepi bab dia menyondol, bab dia mengeji, maki hamun dan lain-lain. Tapi bab haiwan saya lemah. Dia macam menunggu masa kucing dia ni pergi tapi dia tetap positif, usahakan selagi mampu. Ke mana-mana dia bawa kucing dia dalam keadaan mengandung. Tak bolehlah kalau dah melibatkan haiwan ini. Semoga Allah beri kesembuhan pada kucingnnya. Kasihan Fara kena bawa kucing dia ke mana-mana dalam keadaan sarat.”
Terdahulu, Fara menyatakan doktor telah menemukan satu ketumbuhan di bahagian paru-paru Tiger selepas mengambil sample di kepalanya. Tiger yang sebelum ini telah dimasukkan ke hospital telah dibawa pulang oleh Fara. Fara berkata dia akan menjaga Tiger sehingga akhir hayatnya dan dalam masa yang sama akan cuba berubatnya dengan ubat-ubatan tabib Cina.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.