Keakraban dan kemesraan antara dua selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman terus menjadi bualan hangat warganet. Terbaharu, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sejambak bunga tulip kepada Amira yang kini sedang dirawat di hospital akibat keracunan makanan. “Semoga cepat sembuh teman sekerja”

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, kelihatan sedang duduk di atas katil hospital sambil tersenyum manis memegang jambangan bunga pemberian Fattah. Lebih mencuri perhatian, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu turut menitipkan doa agar penyanyi lagu Bila Nak Kahwin? itu segera sembuh.
Perkongsian itu pantas mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mempersoalkan status sebenar hubungan mereka berdua. Walaupun sebelum ini Fattah menyifatkan Amira hanya sebagai rakan sekerja, kemesraan yang ditunjukkan seakan-akan memberi petunjuk sebaliknya. Ruangan komen turut dibanjiri dengan doa serta harapan agar pasangan ini disatukan ke jinjang pelamin dalam masa terdekat.
“Kenapa kawan sekerja saya tak pernah pun wish dan post macam ni ek” “Senyum bethul eh.” “Get well soon Kak Long, thank you Abang Long kasi bunga” “Alamak…dah kenapa pulak. Rakan sekerja juga ni.” “Get well soon my lovely Amira Othman, nanti manager kawan sekerja datang melawat ok” “Ok buat-buat tak faham. Semoga cepat sembuh Amira” “Dia post dalam IG dia wey..Bukan story, dalam IG. Special betul wish dari ‘teman sekerja ke teman sekerja’”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.