Hasil kerja 15 tahun dapat buat rumah sebijik, Aliff Syukri kagum dengan Bibik Tudung

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi tentang kegigihan pembantu rumahnya iaitu Bibik Tudung yang membanting tulang mencari rezeki. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi suasana persekitaran rumah milik Bibik Tudung yang terletak di Surabaya, Indonesia. Klik sini untuk lihat video.

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 38 tahun itu mengagumi kerja keras Bibik Tudung sepanjang menjadi pembantu rumahnya sehingga mampu untuk membina sebuah kediaman baru yang lebih besar dan luas. “Saya sangat kagum dengan kejayaan Bibik Tudung. Dia seorang yang tidak boleh membaca dan memiliki rumah ini tanpa bantuan suami. Ini hasil kerja Bibik Tudung selepas hampir 15 tahun, yang penting rajin dan usaha. Tiga orang anaknya pula adalah merupakan hafiz Al-Quran. Itu yang menyebabkan saya sangat menghormati dia.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terinspirasi dengan kecekalan Bibik Tudung yang ikhlas bekerja. Selain itu, mereka turut memuji Aliff sebagai majikan yang sentiasa merendah diri dan tak lokek untuk berkongsi rezeki dengan pekerjanya. “Tak rugi Datuk ambil bibik bekerja sebab dia berkongsi rezeki, walaupun ibu tunggal tapi dia berusaha gigih mengubah kehidupan keluarganya.”

“Cantik rumah bibik. Berkat kerja dengan Datuk, bibik dapat bina rumah baru yang cantik.” “Puas hati Datuk dapat tengok impian bibik nak ada rumah yang besar dan selesa tercapai.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *