Selalu nampak mesra bersama, Bella Astillah akui segan nak cakap pasal hubungan dengan Syed Saddiq sebab dah ada 2 anak

Advertisements
Advertisements

SERING mempamerkan aksi mesra di media sosial bersama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq, penyanyi dan pelakon Bella Astillah meminta maaf sekiranya terdapat pihak berasa kurang senang dengan perkara itu. Jelas Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, setiap adegan romantis yang ditunjukkan itu hanyalah sebagai tuntutan kerja. “Kepada semua yang selalu nampak kami bersama, saya minta maaf kalau ada yang kurang senang.

“Semua itu adalah kolaborasi yang kami perlu selesaikan termasuk kerja dari klien termasuk siaran langsung bersama,” katanya. Bella memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada pelancaran lagu terbarunya bertajuk Lebih Indah Berpisah di Kuala Lumpur pada Khamis. Bagaimanapun kata Bella, setiap kemesraan yang dipamerkan oleh Syed Saddiq itu berlaku secara spontan dan bukannya lakonan.

“Semua tahu dia bukan seorang pelakon. Jadi semua yang ditunjukkan dalam video itu adalah spontan,” ujarnya. Dalam masa sama, mengulas mengenai hubungan sebenarnya bersama Syed Saddiq, Bella hanya meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat mereka. “Saya segan sebab mempunyai dua orang anak. Nak cakap lebih pun rasa kurang manis. Mungkin kedengaran klise, tetapi doakan yang baik-baik.

Saya tidak mahu cakap lebih-lebih sebab ada hati dan keluarga yang perlu saya hormati,” ujarnya. Mengulas mengenai lagu terbarunya yang ditulis oleh penyanyi dan komposer Ade Govinda, Bella berkata karya tersebut sangat istimewa buat dirinya. Penyanyi itu berharap supaya lagu tersebut juga dapat memberikan kekuatan kepada sesiapa sahaja yang sedang berdepan dengan kesedihan dalam kehidupan percintaan.

“Saya mahu lagu ini diterima dengan baik dan menjadi teman kepada sesiapa sahaja yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan mereka. Saya harap lagu ini dapat diterima baik di Malaysia malah di Indonesia,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *