Hantaran terbaharu ibu kepada pelakon popular Fattah Amin, iaitu Azizah Abdul Ghani, di Instagram telah mencuri perhatian ramai. Azizah atau nama lengkapnya Azizah Abdul Ghani sempat merakam momen dan bergambar bersama Amira Othman ketika melawat penyanyi itu yang sedang menerima rawatan di hospital. Menerusi ruangan kapsyen, Azizah menitipkan doa agar pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
“Sama-sama kita doakan Amira Othman cepat sihat. Semoga setiap urusan dipermudahkan, dan dilimpahi kesembuhan yang penuh rahmat.” Kehadiran Azizah melawat Amira di hospital menerima reaksi positif daripada warganet yang rata-rata tersentuh dengan keakraban antara mereka. Ramai memuji sikap prihatin ibu kepada pelakon Hero Seorang Cinderella itu.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan warganet berseloroh mengatakan Fattah tidak lagi menghantar bunga, sebaliknya menghantar ibunya sendiri untuk menziarahi Amira. Sebelum ini, Fattah Amin memuat naik foto Amira Othman terlantar di hospital sambil memegang sejambak bunga tulip pemberiannya. Keesokan harinya, Amira menerima pula jambangan bunga mawar merah jambu dan ungu daripada aktor itu.
Fattah kemudian meminta cadangan warna bunga untuk dibeli seterusnya buat Amira, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat. Terdahulu, Amira dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah akibat keracunan makanan. Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, penyanyi Irfan Haris, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.