Ahli perniagaan Iqbal Zulkefli, sama sekali tidak pernah melenting apabila ramai yang mencuba untuk menjodohkannya dengan usahawan, Siti Jamumall. Menerusi hantaran di TikTok, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan bahawa dia tetap menghormati status Siti yang masih lagi dalam iddah, malah berharap usahawan itu dan suaminya dapat bersatu semula. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tak marah orang jodohkan saya dengan Siti, cuma keadaan sekarang ini Siti masih dalam iddah dan saya perlu jaga banyak batas. Kalau ikutkan perempuan dalam iddah, make up pun tak boleh tapi disebabkan dia bekerja dan saya pun kena cepat-cepat bantu dia. Orang jodohkan kami itu, bukanlah satu benda yang tak baik. Apakan daya, tidak mungkin saya perlu marah-marah kerana itu bukanlah doa yang negatif.
Apa pun saya tetap mengharapkan Siti dan Aiman berbalik kembali.” Dalam pada itu, Iqbal bersyukur kerana usahanya membantu Siti membuahkan hasil tanpa sebarang gimik murahan. “Bukan wang yang utama, tetapi memulihkan keadaan, demi kandungan serta emosi Siti itu yang sangat penting. Saya akui sekarang ini saya seolah-olah menumpang Siti, tetapi kita buat semua ini tanpa drama atau gimik.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi sikap Iqbal yang sentiasa memahami keadaan Siti, malah sudi membantunya ketika berdepan ujian besar. Terdahulu, tindakan Iqbal yang menemani Siti ke sebuah pusat rawatan untuk membuat pemeriksaan kandungan telah menyorot perhatian warganet sehingga mereka dikatakan pasangan yang sepadan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.