Setelah sekian lama menanti kelahiran, pelakon dan pengacara iaitu Janna Nick memaklumkan dirinya ketika ini memilih untuk menjauhkan diri dalam dunia hiburan buat seketika. Menurut Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, keputusan itu diambil kerana mahu memberikan sepenuh fokus kepada usaha untuk menimang cahaya mata selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Dini Schatzmann. Klik sini untuk lihat video.

“Sekarang ini kalau orang tengok Janna Nick macam dah tak ada. Tak ada, saya memang kalau boleh fokus saya bukan lagi dalam industri hiburan. Fokus saya memang untuk dapatkan zuriat. Kalau ada, insya-Allah.” Janna berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam program wawancara TV3, Helo Doktor yang dikendalikan pengacara, Adriana Adnan.
Dalam pada itu, Janna yang menyedari isu kehamilan sering menjadi isu sensitif, memilih untuk berkongsi secara terbuka mengenai dirinya yang kini dalam fasa ‘Trying To Conceive’ (TTC). Ujar pelakon drama ‘Leftenan Zana’ ini, dia tidak mahu terasa hati dengan pertanyaan atau kata-kata orang sekeliling mengenai isu tersebut.
“Saya memang aktif bagitahu kepada orang yang saya tengah TTC supaya orang ‘aware’ dan elak daripada bertanya sebab saya tengah cuba. Bila kita tak bagitahu, orang bertanya, kita akan terasa. Kita kena bagitahu, ‘Saya tengah cuba mak cik, sabar’.” Sekadar info, Janna mendirikan rumah tangga bersama Dini pada 10 Jun 2023.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.