Berikutan isu jangkitan herpes, staff jelaskan bahwa Kieda tak mengendalikan makanan di kedai

Advertisements
Advertisements

Berikutan isu jangkitan herpes, terdapat segelintir pelanggan Kieda Crepe House berasa bimbang dengan kebersihan di premis pernigaan itu. Menerusi video yang dimuat naik, seorang staf yang dikenali sebagai Alya, berkongsi beberapa komen daripada warganet yang meluahkan rasa gusar untuk membuat pembelian di kedai milik usahawan berkenaan. Memahami kebimbangan yang disuarakan itu, Alya menjelaskan bahawa Kieda tidak mengendalikan makanan malah dia juga jarang berada di premis tersebut buat masa ini. Klik sini untuk lihat video.

“Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Kieda berehat di rumah buat masa sekarang. Kalau nampak, live dia banyak di rumah sahaja. Dalam masa terdekat ini, dia tak kendalikan makanan-makanan yang di kedai, malah dia juga tak masuk ke bahagian produksi. Bagi yang was-was dengan makanan yang ada di Kieda Crepe House, jangan risau Kieda tidak mengendalikan makanan. Dia ada juga masuk ke kedai, tetapi setakat untuk ambil barang-barangnya sahaja.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menggesa setiap pekerja untuk membuat pemeriksaan kerana penyakit tersebut didakwa boleh berjangkit. Dalam masa yang sama, mereka juga mencadangkan agar premis tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan. Terdahulu, Kieda mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.  Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *