Sehingga ke hari ini, berita mengenai mangsa nahas di Gerik pada awal pagi Isnin masih lagi menjadi tangisan orang ramai. Pelbagai kisah kebaikan dan kenangan yang dikongsikan mengenai mangsa-mangsa yang terkorban. Salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban, Nurly Shahirah Azman, 23, menjadi antara topik yang ditularkan di media sosial. Pemergiannya menjadi sebutan kerana Allahyarham merupakan seorang hafizah 30 juzuk al-Quran. Klik sini untuk lihat video.

Turut didedahkan, Allahyarham tinggalkan beberapa koleksi tahriri yang ditulis sendiri. Menurut abangnya, Mohd Najmuddin Azman, Nurly Shahirah suka menulis satu al-Quran menggunakan tangan bagi menguatkan hafalannya. Sementara itu, menerusi perkongsian Najmuddin di Facebook, seorang pemandu van jenazah berkongsi pengalaman istimewa ketika menguruskan jenazah Nurly Shahirah.
“Perkongsian driver van jenazah tentang arwah Nurly Shahirah semasa dibawa pulang. Katanya semasa otw ke sana driver ini memang berhajat untuk bawa arwah naik dengan beliau. Ditakdirkan oleh Allah beliau dapat membawa jenazah dan jenazah arwah sangat-sangat harum dan tak dapat digambarkan bagaiman bauannya di dunia. Hebatnya kau dik. Amalan apa lagi kau buat kami tak tahu dik,” katanya. Menurut Roslee Hamzah, 57, selepas urusan menghantar jenazah, dia menjemur kenderaan seperti rutin biasa.
Kemudian, dia datang kembali ke van untuk mengambil barang yang tertinggal. Apabila dia membuka pintu kenderaan, dia terhidu satu aroma yang tidak boleh digambarkan. “Saya kenal bau kenderaan (van jenazah) saya tetapi bau ni, datang satu bau yang halus-halus sangat, wangi yang saya tak boleh nak gambarkan,” ujarnya. Katanya, berkali-kali dia membuka pintu kenderaan untuk mengesahkan bau haruman tersebut. Namun, ketika dia menceritakan pengalaman ini, bau haruman itu sudah tiada.
Terharu mendengar kisahnya. Semoga kesemua mangsa korban ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.