Tular di facebook pejabat SUK Perlis, Rita Rudaini terima Pingat Jasa Baik dari Istana Arau

Advertisements
Advertisements

Pelakon terkenal, Rita Rudaini terima Pingat jasa Baik (PJB) dari Istana Arau sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Menerusi perkongsian senarai penerima Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-3 itu di Facebook Pejabat SUK Perlis, nama pelakon terbabit dilihat berada bersama beberapa lagi individu yang sama-sama mencurahkan sumbangan dalam bidang masing-masing.

Difahamkan, majlis penganugerahan tersebut berlangsung dengan penuh istiadat di Istana Arau dan pingat terbabit diberikan kepada pelakon berkenaan  atas sumbangan dan pencapaiannya dalam bidang seni tanah air khususnya lakonan. Selain itu, penerima Anugerah Ikon ibu ini juga dipilih sebagai penerima PJB disebabkan  usaha murninya dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Setakat ini Rita masih belum berkongsi khabar gembira itu di media sosial miliknya namun jutaan tahniah diucapkan diatas penganugerahan tersebut. Terdahulu, pemilik nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar ini telah menerima Anugerah Ikon Ibu bersempena dengan majlis Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025. Dia yang membesarkan dua orang cahaya mata lelaki dilihat kerap berkongsi kejayaan anak-anaknya yang membanggakan baik dari segi akademik mahupun sukan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *