Dari kecik simpan cita cita nak jadi pendidik, tak sangka rupanya salah seorang yang terlibat merupakan Hafizah al Quran

Advertisements
Advertisements

Salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bernama Nurly Shahirah Azman, 23, yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi adalah hafizah al-Quran. Berkongsi mengenai adik bongsunya itu, Mohd Najmuddin Azman, 28, berkata Nurly Shahirah sering mengamalkan bacaan kitab suci al-Quran setiap malam sejak kecil.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu Nurly Shahirah ialah di kampung halaman mereka di Gong Pasir, Dungun, Terengganu sebelum adiknya bertolak pulang ke UPSI malam sebelumnya. Mohd Najmuddin memaklumkan, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada bapanya selepas Subuh pada Isnin.

“Mula-mula saya diberitahu nama adik tiada dalam senarai pelajar yang dirawat, namun selepas itu baru saya dimaklumkan dia terlibat dan telah pergi menghadap illahi,” ujarnya sebak. Katanya, Nurly Shahirah yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, bercita-cita menjadi guru pendidikan khas dan dijadualkan menjalani latihan praktikal bermula Ogos depan.

“Arwah simpan cita-citanya sejak kecil untuk jadi pendidik dan kami sekeluarga amat terkejut dengan tragedi ini. Walaupun Nurly merupakan harapan keluarga, kami sekeluarga reda dengan takdir yang menimpa,” katanya. Keluarganya kini berada di Hospital Gerik untuk proses pengurusan jenazah sebelum dibawa pulang ke Kampung Gong Pasir untuk dikebumikan.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *