Usahawan dan pempengaruh, Yuti meluahkan rasa sedih apabila rakan seperjuangannya, Cik Epal dikritik gara-gara tidak pandai bertutur di hadapan kamera ketika siaran langsung (live) di TikTok. Menerusi perkongsian di Threads, Yuti akui terkesan apabila orang ramai membandingkan personaliti Cik Epal dengan orang lain apabila melakukan live untuk produk mekap tempatan pada Ahad. Kata Yuti, pemilik nama Murni Mahmud itu sedang belajar untuk tidak nampak kekok bercakap di hadapan kamera.

“Ada yang cakap dia nampak macam kena paksa, nampak kekok. Tapi minta sangat kalian jangan menghakimi Cik Epal seperti itu.” Sebagai kawan, saya buat apa yang saya mampu seperti ajar dia cara bercakap, cara menjual sebab saya percaya, mungkin ini langkah pertama dia ke rezeki yang lebih besar nanti.

Terdahulu, nama Cik Epal menjadi perdebatan hangat di media sosial selepas dikatakan kekok ketika sesi menjual produk mekap tempatan. Kata warganet, walaupun rakan-rakannya telah datang memberi sokongan namun Cik Epal dilihat tidak memberi komitmen penuh meskipun telah dilantik sebagai duta produk itu hingga dilabel sebagai ‘slow’. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.