Adira meraikan Syawal tahun ini dengan sejuta kesyukuran.

TUJUH tahun penyanyi Adira Suhaimi menanti, akhirnya hubungan baik dengan madu, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red terjalin seperti yang kerap diluah dalam doa usai solat akhirnya jernih bersulam harmoni. Pastinya, Syawal kali ini menganugerahkan semangat berbeza apabila dapat merasai suasana hari raya dengan keluarga besar mereka, sekali gus berpeluang bersalaman sesama mereka.… Continue reading Adira meraikan Syawal tahun ini dengan sejuta kesyukuran.

Nuha rindukan kenangan menyambut Aidilfitri bersama sepupu beliau.

Sedar tak sedar, tahun ini menjadi tahun ketiga buat penyanyi muda, Nuha Bahrin untuk meraikan Aidilfitri dengan status sebagai artis. Memiliki keluarga besar dengan jumlah sepupu mencecah 40 orang, Nuha yang lebih cenderung kepada semangat kekeluargaan berkongsi kenangan Aidilfitri bersama sepupu-sepupunya. Sambutan Aidilfitri untuk keluarga saya seperti biasa saja. Cumanya, sebab saya adalah ‘family person’,… Continue reading Nuha rindukan kenangan menyambut Aidilfitri bersama sepupu beliau.

Aksi Chacha Maembong Salam Raya,buat peminat terhibur.

Tular sebuah video perkongsian Coddy Maembong apabila adiknya, Chacha Maembong, membuat aksi lucu sebelum bersalaman dengan ibunya sempena Hari Raya. Menerusi video tersebut, sebelum Chacha bersalam dengan ibunya, dia sempat menari dan membuatkan seisi keluarganya ketawa terbahak-bahak melihat aksi lucunya itu. Di akhir video tersebut, Chacha dan beberapa adik-beradiknya yang lain turut serta untuk menari… Continue reading Aksi Chacha Maembong Salam Raya,buat peminat terhibur.

Ira Kazar pergi beraya, sekali kena sindir dengan saudara jadi perhatian ramai

GELAGAT isteri kedua pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang berkunjung ke rumah saudaranya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri jadi perhatian ramai. Menerusi video yang tular di TikTok, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, yang tampil dengan busana baju kebaya bermotifkan flora dan bertudung biru dilihat sedang menunggu giliran untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga di tepi… Continue reading Ira Kazar pergi beraya, sekali kena sindir dengan saudara jadi perhatian ramai

Anna Jobling bakal raikan peminatnya di Indonesia.

Demi menjaga privasi keluarga kecilnya, pelakon Anna Jobling, 22, selesa untuk tidak berkongsi di mana lokasi sebenar kediamannya di Melaka. Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata bukan bermaksud dia enggan terima tetamu atau peminat tapi untuk menghormati keselesaan keluarganya. Ruang kediaman keluarga di Melaka agak kecil untuk menerima tetamu yang… Continue reading Anna Jobling bakal raikan peminatnya di Indonesia.

Nadhir Nasar Jalankan Tugas Anak Lelaki , peminat tak keruan jadinya.

Baru-baru ini, pelakon, Nadhir Nasar meraih tumpuan ramai dalam satu perkongsian gambar apabila dia memuat naik gambar raya pertama di hadapan gerai. Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, juara Hero remaja tersebut dilihat sedang menjalankan tugas seorang anak lelaki dengan membeli ais batu di pagi hari raya. Apa yang lagi menarik perhatian netizen apabila Nadhir yang… Continue reading Nadhir Nasar Jalankan Tugas Anak Lelaki , peminat tak keruan jadinya.

Gelagat Lucu Arif Jiwa Dan Adiknya Kira Duit Raya jadi tumpuan.

Gelagat cucu kepada penyanyi tersohor Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza, iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa sering mencuri perhatian dari orang ramai terutamanya di media sosial. Arif dan Azzahra merupakan anak kepada pelakon dan usahawan iaitu Tya Ariffin dan Asyraf Khalid. Tya Arifin sering membuat perkongsian mengenai anak-anaknya di laman sosial terutamanya instagram, tiktok dan… Continue reading Gelagat Lucu Arif Jiwa Dan Adiknya Kira Duit Raya jadi tumpuan.

Ramai yang tak puas hati bila Watie muat naik gambar dengan Shuib tapi nampak separuh, sekali ini pula komen warganet

Tindakan bakal isteri pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah memotong atau ‘crop’ sebahagian gambar individu yang berada di sebelahnya mengundang rasa tidak puas hati segelintir warganet. Menerusi sekeping gambar di laman Instagram, Watie yang juga usahawan mengenakan persalinan berwarna merah jambu selain menampakkan bahagian sipi-sipi individu tersebut dipercayai Shuib. Ini kerana jika dilihat dalam satu perkongsian di akaun Instagram milik Shuib, dia… Continue reading Ramai yang tak puas hati bila Watie muat naik gambar dengan Shuib tapi nampak separuh, sekali ini pula komen warganet

Aliff Syukri Terharu Lagu Raya Cecah Lebih 1 Juta Tontonan.

Umum mengetahui usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri telah merilis lagu raya sensasinya, Chuk Ku Chuk Raya, di Youtube, dua minggu lalu yang mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuklah pengarah terkenal, Michael Ang yang mengakui Aliff sememangnya tidak mempunyai kebolehan dalam nyanyian dan suka ‘buat hal’ dengan merilis lagu raya sensasi setiap tahun. Biarpun mendapat kecaman, Aliff Syukri menerusi… Continue reading Aliff Syukri Terharu Lagu Raya Cecah Lebih 1 Juta Tontonan.

isteri bongkar penyanyi ‘Surat Cinta Untuk Starla’ ada orang ketiga.

Isteri kepada penyanyi Indonesia, Virgoun, Ina Idola Rusli tampil mendedahkan perselingkuhan suaminya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anisa. Pendedahan itu dibuat Ina selepas mendapat mimpi bahawa suaminya bermain kayu tiga. Ina pada masa sama turut berkongsi foto dan akaun media sosial milik wanita berkenaan. Subuh 16 Ogos 2022, Allah beri aku… Continue reading isteri bongkar penyanyi ‘Surat Cinta Untuk Starla’ ada orang ketiga.

Published
Categorized as Artis Tagged
Exit mobile version