Awal Ashari dan isteri pergi tunaikan umrah, tapi fesyen mereka pula yang jadi perhatian warganet

Pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari tampil berkongsi momen mereka sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Makkah, baru-baru ini. Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Scha selepas memuat naik foto bersama suaminya, Awal menerusi platform Instagram. Dalam perkongsian tersebut, Scha dan Awal kelihatan segak mengenakan jubah berona sedondon untuk beribadah ketika berada di sana. Sering dipuji dengan penampilan mereka yang sangat luar biasa ketika berfesyen, kali ini pun mereka dipuji tetap nampak stylo.

Malah, ada juga dalam kalangan warganet memuji kecantikan Scha mengenakan tudung dan mendoakan agar dirinya aktres itu istiqamah. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Gelagat Lara Alana tarik perhatian ramai, Lara tampil muat naik sesuatu sampai buat ramai yang terhibur. Setiap anak perempuan mesti tidak lengkang dengan peralatan solek jika dia melihat mak-maknya suka bersolek. Mana taknya, solekan merupakan perkara wajib sebelum keluar rumah oleh para-para ibu sekalian. Ramai yang tertarik dengan aksi kelucuan anak sulung Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana yang berusia 8 tahun ini sedang bermain alat solek yang seakan-akan tengah membuat live tutorial di Instagram miliknya. Namun, apa yang mencuit hati adalah keadaan kamera yang yang sedikit kebawah yang membuatkan posisi mukanya hanya dilihat bahagian hidung ke atas. Membuat si cilik itu terpaksa mendonggak keatas untuk menampakkan mukanya.

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat anak dara pasangan pelakon ini dan memberi komen yang positif. Biasalah anak-anak kecik suka mencuba perkara baharu yang sering mereka lihat. Mungkin Lara sering melihat ibunya bersolek, dia pun nak juga bersolek. Tetapi, gaya Lara ini sudah kelihatan pro, mesti hari-hari solek ni. Sekadar Info, Lara Alana atau nama sebenar Lara Alana Ahmad Awaluddin merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Lara juga pernah menang dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular pada 2016.