Masih ada lagi yang bersuara pasal juara Ajl, tak boleh berdiam sekali ini pula respon pada dari Altimet

Penyanyi rap yang juga merupakan salah seorang juri Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37), Altimet tampil menjawab dakwaan warganet yang seolah-olah meragui sistem penjurian. Melalui ciapan di akaun Twitter miliknya, Altimet berkongsi coretan seorang individu yang mempersoalkan perkara itu dan mendakwa pihak terlibat sudah mengetahui siapa juara (AJL37) terlebih dahulu. Membalas dakwaan tersebut, Altimet menjelaskan AJL merupakan sebuah pertandingan menulis lagu dan penilaian utama adalah dari aspek melodi dan lirik.

“AJL ni pertandingan tulis lagu, bukan nyanyi lagu. Jadi penilaian utama pada melodi, lirik. Gubahan (arrangement) dan persembahan juga diambil kira. “Jadi sebahagian markah tak perlu diberikan dengan menonton persembahan. Tapi tak adil bila tak nilai penyampaian lagu tu,” jelasnya. Selain Altimet, 12 finalis AJL 37 diadili oleh 9 lagi juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Acis, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Khir Rahman, Azlan Abu Hassan,

Damian Mikhail, LY manakala Datuk Mokhzani Ismail sebagai ketua juri. Penghakiman dilakukan berdasarkan markah 80 peratus yang diadili terlebih awal, manakala baki 20 peratus melalui persembahan pada malam kemuncak. Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik. Terdahulu, AJL37 menyaksikan Aina Abdul dinobatkan sebagai juara dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas. Selain juara, Aina juga diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Terus Hidup ciptaan sepenuhnya dari Aina dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Terus Hidup Aina dinobat Juara AJL 37. Penantian empat tahun Aina Abdul untuk merangkul trofi Juara Lagu berakhir apabila lagu ciptaannya Terus Hidup mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi. Kemenangan itu melayakkan Aina memenangi trofi dan wang tunai RM100,000. Selain itu, vokal luar biasa dan persembahan memukau berkonsep atas awan ketika mendendangkan lagu Terus Hidup turut membawa tuah buat Aina apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne dan Joe Flizzow menerusi karya ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000. Menduduki tempat ketiga adalah lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos menerusi lagu ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis dan lirik oleh Alif, Shah Shamshiri dan Romeo. Kemenangan itu melayakkan menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000. Persembahan mantap dan mengagumkan membawa tuah buat Shiha Zikir yang menyampaikan lagu Irama ciptaan dan lirik Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves apabila mengungguli kategori Persembahan Terbaik menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi.

Pada acara itu, penyanyi Khai Bahar yang mendendangkan lagu Sengsara ciptaan dan lirik Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. Lagu lain turut bertanding Ernie Zakri menerusi Korban lagu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya. Selain itu, lagu Bahagiakan Dia ciptaan penyanyi muda, Alif Iskandar dengan lirik dihasilkan Alif dan Que Afiq. Lagu ini dinyanyikan secara duet Shila Amzah dan Liza Hanim. Turut bersaing ialah Debu (Dayang Nurfaizah, Amir Masdi/ciptaan dan lirik Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim).

Persembahan 12 finalis AJL 37 diadili 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Khir Rahman, Azlan Abu Hassan, Damian Mikhail, LY manakala Datuk Mokhzani Ismail sebagai ketua juri. Penghakiman dilakukan berdasarkan markah 80 peratus yang diadili terlebih awal, manakala baki 20 peratus melalui persembahan pada malam kemuncak. Lebih tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 37 mengetengahkan Dimensi Muzik sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini. AJL 37 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada jam 9 malam itu menyaksikan julung kali gandingan dua pengacara wanita, Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai hos. Malam kemuncak AJL 37 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai berkonsepkan pelbagai genre muzik oleh Azlan The Typewriter (Lagu Untukmu), De Fam & Wany Hasrita (7 Nasihat), Kaka Azraff dan Syamel (Nuri), dan Tuju, Loca, Syamel dan Waris (Mentera Semerah Padi & Mantera Beradu).

Manakala, segmen interlude pula mengajak penonton mengimbau kenangan menerusi persembahan hebat daripada tiga band popular iaitu Exist, Blues Gang dan Kugiran Masdo. Sumber, astro gempak, BHARIAN. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.