Siap belanja barang dapur, tular video Aisar Khaled bantu seorang warga emas berbangsa cina cat dan bersihkan kawasan rumah

Walaupun pernah terpalit dengan beberapa isu sebelum ini, seorang influencer bernama Aisar Khaled dilihat tidak jemu membuat kebaikan kepada orang ramai. Terbaharu, Aisar bersama pasukannya telah membantu seorang wanita warga emas berbangsa Cina dengan cara membersihkan rumah yang berusia 30 tahun. Menerusi satu video yang dimuat naik oleh @aklegacyteam, Aisar dan beberapa rakannya telah berjumpa dan meminta izin kepada seorang wanita warga emas untuk membersih dan mengecat rumahnya secara percuma. Rumah tersebut terletak di Kampung Labu, Batu 10, Negeri Sembilan. Klik sini untuk lihat video.

Setelah diberi keizinan, Aisar dan pasukannya telah memulakan misi mereka membersihkan halaman, mencabut pokok-pokok mti, memangkas beberapa pokok yang berada di dalam kawasan rumah. Di bahagian luar rumah serta pagar turut dicat oleh rakan-rakan Aisar supaya rumah yang berusia 30 tahun itu nampak seperti baru. Selain itu, Aisar bersama warga emas tersebut telah pergi ke pusat beli belah untuk berbelanja barangan dapur secara percuma. Jelas pada wajah wanita itu, dia nampak sangat gembira selepas melihat rumahnya dibersihkan dan dicat dengan warna baharu.

Menjengah di ruangan komen, ramai warganet berterima kasih kepada Aisar dan pasukannya yang baik hati membersihkan rumah dan membuatkan warga emas itu gembira. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *