Syifa melvin adakan doa selamat untuk dedah jantina anak, tapi gelagat Syatilla Melvin pula yang jadi perhatian warganet

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Syifa Melvin yang sedang berbadan dua mengadakan majlis doa selamat dan acara ‘gender reveal’ selepas usia kandungan memasuki tujuh bulan. Menerusi acara tersebut, kakaknya Syatilla Melvin mendedahkan bahawa pelakon berusia 29 tahun itu bakal menimang cahaya mata lelaki melalui perkongsian sebuah video di aplikasi TikTok. Video berkenaan memaparkan Syifa dan suaminya, Safawi Rasid memecahkan belon yang mengeluarkan belon kecil berwarna biru menggambarkan jantina bayi adalah lelaki.

Bagaimanapun, orang ramai lebih tertarik dengan aksi spontan Syatilla yang melompat dan memeluk adiknya Syida Melvin sehingga kedua-duanya jatuh tersungkur di atas lantai disebabkan salah meneka jantina bayi. Syatilla yang juga pelakon berkata, dia tidak menyedari dan tidak menyangka berlaku kejadian tersebut sehingga mengundang gelak ketawa dalam kalangan warganet. Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat gelagat adik-beradik berkenaan yang sentiasa ‘meriah’ apabila bertemu antara satu sama lain. Klik sini untuk lihat video.

Untuk rekod, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel mewah di Petaling Jaya, Selangor. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.