Tular pasal ada individu kacau rumahtangga selebriti terkenal, sekali ini pula pengakuan dari Sophia Albarakbah

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama pelakon Sophia Albarakbah menjadi bualan hangat warganet apabila dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga satu pasangan selebriti. Tampil mempertahankan diri, Sophia menegaskan dia sama sekali tidak terlibat dengan isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga pasangan selebriti terkenal itu. Justeru, aktres berumur 29 tahun itu memohon agar warganet tidak lagi mengaitkan namanya kerana dia langsung tidak bersalah. “Saya biasanya tidak melatah di media sosial, tetapi ada sesuatu yang perlu saya luahkan. Kepada semua yang menyebut dan mengaitkan saya dengan urusan rumah tangga pasangan selebriti terkenal, tolonglah, bukan saya, salahkan saya.

Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa berkata dia enggan lagi melayan khabar angin yang tidak benar. “Saya tidak mahu mendengar sebarang khabar angin yang melibatkan saya, kerana ia jelas bukan saya! Terima kasih.” Terdahulu, pelakon dan usahawan, Fazura mendakwa ada seorang aktres wanita yang cuba untuk menyondol suaminya, Fattah Amin ketika sedang hamil anak pertama, Nur Fatima Aisya. Dalam perkembangan lain, Sophia berjaya membolos dua kategori dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 iaitu BBNU Wanita Popular dan Aktres Filem Popular.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.