1 Utama Shopping Centre bukan sekadar pusat beli belah. 1 Utama tawar 5 aktiviti menarik untuk dikunjungi.

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di 1 Utama Shopping Centre. 1 Utama Shopping Centre merupakan pusat beli-belah terbesar di Malaysia malah ia mempunyai slogannya yang tersendiri iaitu ‘It’s All in One’ bagi mempromosikan idea beli-belah dan hiburan kepada pengunjung di bawah satu bumbung. Selain pengalaman beli-belah, 1 Utama Shopping Centre juga menawarkan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk pengunjung tanpa perlu bergerak ke lokasi yang lain.

Siapa sangka, ia bukan sekadar menawarkan pengalaman beli-belah tetapi di 1 Utama juga pengunjung boleh merasai debaran adrenalin. Berikut adalah lima aktiviti lasak yang boleh anda cuba di 1 Utama Shopping Centre:

1. FlowRider

Rindu nak meluncur tapi tiada masa hendak ke pantai? FlowRider adalah tempat yang sesuai untuk anda asah kemahiran anda dalam sukan papan luncur air. Bagi sesiapa yang tiada kemahiran meluncur, usah risau kerana tenaga pengajar di FlowRider akan akan mengajar memastikan para pengunjung berpeluang untuk mempelajari kemahiran meluncur yang pastinya mengujakan.

2. WINDLAB Indoor Skydiving

Para pengunjung yang ingin rasai aktiviti eksrem terjun udara atau “skydiving”, bolehlah kunjungi WINDLAB yang terletak di dalam 1 Utama Shopping Centre. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai AirRider Indoor Skydiving, ia menawarkan pengalaman terjun udara pada ketinggian 14,000 kaki kepada para pangunjung. Mereka juga akan dibekalkan dengan peralatan yang lengkap untuk keselamatan seperti sut, topi keledar dan cermin mata.

3. Rollerwa

Pada yang tidak tahu, Rollerwa adalah sebuah gelanggang aktiviti berkasut roda yang berasal dari Korea. Rollerwa telah dibuka baru-baru ini pada 23 Disember 2021, menawarkan pengalaman yang menyeronokkan. Di gelanggang ini juga dilengkapi dengan muzik dan lampu yang berwarna-warni untuk memberi keceriaan semasa bermain kasut roda. Para pengunjung boleh membawa kasut roda mereka sendiri, atau boleh menyewa kasut roda di sini. Jika anda minat akan aktiviti berkasut roda dan budaya K-Pop, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk ke Rollerwa.

4. Morac Go Kart

Morac Go Kart juga baru dibuka pada Disember lepas. Rasa debaran adrenalin dengan melakukan aktiviti go kart di sini. Morac Go Kart menawakan litar yang luas dan suasana yang seronok untuk penonton dan pelumba. Trek sepanjang 420 meter ini akan memberi kepuasan kepada para pelumba untuk berlumba dengan penuh kelajuan!

5. Saranghae Bridge

Saranghae Bridge merupakan tempat yang tidak memerlukan anda untuk melakukan aktiviti yang ekstrem. Tempat ini sesuai untuk anda bersantai dan menikmati keindahan lampu LED yang cantik terutama pada waktu malam. Di sini juga para pengunjung boleh ‘kunci cinta’ mereka dengan menggunakan mangga dan kuncikan di pagar-pagar yang disediakan. Pada yang suka mengambil gambar dan inginkan suasana romantik, bolehlah singgah ke sini!

1 Utama Shopping Centre terletak di Petaling Jaya, hanya 20 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini selain dari yang disenaraikan di atas. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba semuanya, bukan? Jadi jangan tunggu lagi, ajak kawan-kawan dan keluarga anda #PusingSelangorDulu pada hujung minggu ini!

Walaubagaimanapun, para pengunjung diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Mega Roadshow Di Sunway Theme Parks. Tayangan Perdana STP Studios Menjadi Tarikan. Jom Rebut Peluang Promosi Menakjubkan.

Mega Roadshow Sunway Theme Parks akan berlangsung sehingga 27 Februari ini. Sunway Theme Parks yang menguruskan Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel mengambil peluang berinteraksi secara dalam dan luar talian dengan rakyat Malaysia bersempena dengan acara Mega Roadshow yang diadakan sejak 17 sehingga 27 Februari 2022 ini.

Menerusi acara itu, Sunway akan mempromosikan pakej, tawaran dan promosi menakjubkan yang turut disertai oleh jenama-jenama tempatan yang disukai dan disokong oleh rakyat Malaysia. Lebih 50 ejen pelancongan yang sah turut mengambil tempat dalam Mega Roadshow itu yang diadakan di tiga lokasi utama iaitu Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, Aeon Mall Tebrau City, Johor dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.

Tiga lokasi utama Mega Roadshow Sunway Theme Parks.

Dalam pada itu, STP Studios merupakan platform terbaharu secara dalam talian yang akan ditayangkan mulai 18 Februari ini. Platform ini akan menampilkan pakej dan promosi yang menakjubkan. Ia merupakan satu-satunya saluran di mana penonton di seluruh dunia boleh menyaksikan pelancaran produk terbaharu, info mengenai edutainment lebih mendalam dan membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk berinteraksi dengan Sunway Theme Parks. STP Studios akan mula ditayangkan daripada 18 sehingga 20 Februari 2022 yang turut disertai oleh pemberian hadiah dan juga cabutan bertuah bernilai sehingga RM500,000.

STP Studios akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat jam 11 pagi. Sunway Theme Parks Mega Roadshow dan STP Studios bekerjasama dengan jenama-jenama tempatan yang disayangi rakyat Malaysia: Sunway Pals, Sunway Property, Sunway Velocity Mall, Sunway Carnival Mall, Sunway Multicare Pharmacy, Hotel Sunway Pyramid, Hotel Sunway Velocity, Sunway Hotel Big Box, Sunway Traditional and Complementary Medicine (TCM) Centre, Sunway International Schools, Sunway eMall, Malaysia Airlines, Funko Pop oleh Sheldonet dan Komuniti Tukang Jahit (KTJ).

STP Studio akan bersiaran langsung di Facebook.

Jenama tempatan lain yang turut menyertai dan memberi dukungan dalam acara ini ialah Sports Direct dan CUCKOO. Acara ini turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia dan juga Amazing Sunway City Kuala Lumpur. Sunway Theme Parks Mega Roadshow dan tayangan perdana STP Studios menandakan keyakinan dalam industri pelancongan domestik dan global.

Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho yang menguruskan Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel berkata berdasarkan cadangan kerajaan baru-baru ini mengenai penarikan semula sekatan pelancongan antarabangsa mulai 1 Mac dan kehadapan, pihaknya optimis dengan pemulihan industri. “Dengan berlangsungnya pameran ini, terutamanya tayangan perdana STP Studios, reaksi penonton akan mewujudkan satu kesedaran yang meluas tentang jenama Sunway Them Parks dan jenama-jenama dari rakan kongsi serta disokong oleh rakyat Malaysia,” katanya.